Dalam islam sendiri menggariskan langkah-langkah yang sesuai untuk menangani golongan ini.Paling utama ialah doa yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia ke arah mewujudkan baiti jannati.
Sebagai ibubapa,kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak dan tidak mengatakan perkara yang buruk-buruk kerana kata-kata seseorang ibu adalah doa.Perkataan seperti 'bodoh','malas','bangang','tak
TIP
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan seperti berikut.Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.
1.Selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
2.Banyak bersabar dan yang utama,jangan cepat melenting jika anak melakukan sesuatu yang di luar dugaan.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.
3.Banyakkan berdoa kepada Allah dan minta dilembutkan hati anak-anak.
4.Bila bangun pagi,peluk anak sebanyak tiga kali,usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati(bergantung pada niat kita untuk di anak).
5.Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,"Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya)."Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
Surah Taha ayat 1-5 |
6.Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran,baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 daripada surah as-Syura bermaksud"Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya;Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki,dan Dialah Yang Maha Kuat,Lagi Maha Kuasa"Sebaik-baiknya dibaca selepas Subuh,baca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
Surah As-Syura Ayat 19 |
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir'Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman'berulang-ulang.Semua ini Insya-Allah adalah da pelembut hati.Begitu juga,Surah Toha ayat 1hingga 8,surah ar-reahman ayat 1 hingga 4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
Surah Al-Imran Ayat 200 |
Surah Al-Imran Ayat 38 |
10.Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74 daripada Surah al-Furqan yang bermaksud,"Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata:Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu)bertakwa."
Surah Al-Furqan Ayat 74 |
Amalkan juga ayat 40 daripada Surah Ibrahim
Surah Ibrahim Ayat 40 |
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak.Doa itu senjata orang mukmin.
Wallahualam...
Salam..informasi yg sangat berguna ;)
ReplyDeletewslm asha...indeed. Panduan untuk diri sendiri juga...
Deletenice sharing :)
ReplyDeletetengs che yam.. :)
Deletenice sharing. :)
ReplyDeletetengs eiqa..:)
Deleteterima kasih di atas perkongsian ini...noted and bookmarked...
ReplyDeletehahaha...bookmarked eh? sama-samalah kita manfaatkannya insyaallah.in fact balik ni nak trus buat utk anak2.... :D
Delete