Wednesday, June 6, 2012

Rezeki Ain Bertambah..ALhamdulillah

Minggu ni dah 3 minggu aku cuba topup stok EBM aku & so far production nampak ada peningkatan dari segi kuantiti.hehe...Jumlah stok yg paling memberansangkan setakat ini ialah harini bila pagi tadi aku pump dapat 7oz, tadi kul 11 aku pump lg dapt 6oz. Harap2 petang ni pun dapat dlm kuantiti yg sama jgk. semalam aku smpt pump sekali je tp pas blk umah sakit betul cik B ku sbb x di pum. LAst2 Ain jgk la yg jadi tempat ibu legakan susu yang dah penuh tu. heheh...jenuh Ain minum sbb susu laju terlajak sbb dah penuh sgt.

 Ape-ape pun ni semua rezeki tuhan untuk Ain minum susu ibu sebanyak & selama mungkin. Ibu akan cuba bagi yang terbaik untuk Ain. Rasa terkilan ibu xdapat bagi abang Iman susu ibu mmg x pernah hilang tapi ibu harap sangat abang Iman & Ain dapat membesar dengan sihat. No more overnight kt spital tahun ni insyaallah...