Hari ni 1st day Iman & Ain kat rumah dijaga abah. Entah apa la yang jadi kat rumah tu. Mesti abahnye pening dengan budak 2 orang tu.hahah...Lepas kami berdua dah berbincang pasal nk hantar anak-anak ke taska atau tidak, kata putusnya ialah let iman stay at home and we'll try to homeschool him and ain.
LAst week aku pun dah start kumpul bahan untuk projek Homeschool Iman. Aku harap sangat boleh follow semua yang aku dah plan. Ni aku nk try cari bahan untuk ajar alif, ba,ta plak. Aku ada order puzzle tapi seller tu blom post lagi kot. Kalo esok pun xde tracking number, aku cuba PM dia lg tgk cmna. Harap2 dia bukan la salah seorang scammer online kan...
Ok..untuk isu semasa pulak, skang ni tengah hot pasal penceroboh kt Sabah nuu. Sampai harini, belum reda lagi nampaknya. Korban nyawa dah makin bertambah. Kat fesbuk pulak semua dok pakat bagi idea bernas masing-masing tapi last-last mesti terbelok masuk politaik..Ko tuduh aku, aku tuduh ko. Tapi in the end tak jugak selesai masalah. Bodoh betul biar orang luar tengok diorg bergaduh sesama sendiri.
Baik macai PKR atau macai BN, korang semua hampeh...sembang gedegang! pada pendapat aku la..daripada korang gaduh-gaduh tuduh menuduh sapa yg salah sampai pemberontak boleh masuk Sabah, baikla korang doa kt orang yang ke sana utk kejor semua penceroboh tak gune tu. Bior selamat semuanya supaya takde lagi anak-anak yang jadi yatim, isteri jadi balu. Kan lebih baik gitu??
No comments:
Post a Comment