Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Thursday, April 23, 2015

Melalut

Salam buat semua yang membaca..

Tahun ni rasa macam cepat sangat masa berlalu. Tau-tau je dah nak dekat bulan 5.Hampir setengah tahun dah ni..

Ni makin nak dekat posa biasa nya org yg ada hutang posa tu dok pulun la nak ganti posa kan. ni termasuk la aku..hahah.. Penyakit 'M' ni payah nak buang kan?

Entri kali ni xde apa yang menarik..juz nak lepas rindu kt blog. Lama sangat dah x jenguk blog. Join GA pun x check result..tau2 dah lama dah GA tu tutup..huhu

Aku sebenarnya ada rasa dah cerita pasal rasa x puas hati tapi malas nk karang ceritanya, jadi pendam jela dulu. Tapi hint nya ialah "Big Boss memang XBEST!!!". kenapa la selalunya Bos besaq suka buat perangai budget best n pura2 peduli org bawahan sedangkan dia x peduli?

Eh? ni macam aku dah terkarang crita dah ni..hehehe

ok lah..sampai sini saje crita saye..

Tuesday, March 12, 2013

Angan-angan Untuk Homeschool Iman & Ain

Febuari lepas ialah bulan terakhir Iman ke tadika. Kami dah bercadang untuk bagi Iman masa sebelum hantar dia ke sekolah semula. TAPI, aktiviti pembelajaran akan tetap ada walaupun dia di rumah.

So, aku ada lah buat survey pasal homeschooling ni tapi bila aku google tak banyak blog or website di malaysia yang dokumenkan aktiviti homeschool diorang BUT aku terjumpa 1 blog yang sangat2 inspiring dan memotivasikan aku untuk HS anak-anak aku. Blog yang aku maksudkan ialah http://wwwmamahomeschool.blogspot.com.

Blog ni banyak sangat berkongsi aktiviti pembelajaran yang dibuat bersama anak-anak siap dengan sesi craft nye, aktiviti untuk fine motor skills dan macam-macam lagi. Dia juga ada kongsikan page/blog yang jadi sumber untuk bahan mengajar. SANGAT-SANGAT membantu aku dalam memberi idea apa aktiviti yang patut aku buat dengan Iman.

Setakat ni, aku dah mula buat beberapa aktiviti untuk alphabet tapi blom betul-betul fokus untuk specific alphabet. Semalam aku bagi Iman buat exercise connect-dot-to-dot. Memang susah sangat nak suruh dia fokus buat exercise tu. Pada aku, cabaran BESAR untuk aku merealisasikan HS Iman ialah untuk bagi Iman boleh fokus lebih dari 3 minit. Aku cuba untuk buat sekurang-kurangnya 2 aktiviti sehari tapi kadang-kadang abah nye ada buat aktiviti mengira dengan Iman tapi seperti biasa komplen yang aku dapat pasal Iman tak boleh nak fokus bila di ajar. Ada ke rakan-rakan blog lain yang tau macamana nak bagi anak lebih fokus bila buat sesuatu?

Aku faham umur Iman sekarang ni memang banyak nak main je tapi aktiviti yang aku buat tu belajar sambil bermain. Tapi tetap tak dapat nak tarik perhatian Iman untuk fokus. Macamana nak buat ye?

Monday, March 4, 2013

Posting di kala bohsan...

Hari ni 1st day Iman & Ain kat rumah dijaga abah. Entah apa la yang jadi kat rumah tu. Mesti abahnye pening dengan budak 2 orang tu.hahah...Lepas kami berdua dah berbincang pasal nk hantar anak-anak ke taska atau tidak, kata putusnya ialah let iman stay at home and we'll try to homeschool him and ain.

LAst week aku pun dah start kumpul bahan untuk projek Homeschool Iman. Aku harap sangat boleh follow semua yang aku dah plan. Ni aku nk try cari bahan untuk ajar alif, ba,ta plak. Aku ada order puzzle tapi seller tu blom post lagi kot. Kalo esok pun xde tracking number, aku cuba PM dia lg tgk cmna. Harap2 dia bukan la salah seorang scammer online kan...

Ok..untuk isu semasa pulak, skang ni tengah hot pasal penceroboh kt Sabah nuu. Sampai harini, belum reda lagi nampaknya. Korban nyawa dah makin bertambah. Kat fesbuk pulak semua dok pakat bagi idea bernas masing-masing tapi last-last mesti terbelok masuk politaik..Ko tuduh aku, aku tuduh ko. Tapi in the end tak jugak selesai masalah. Bodoh betul biar orang luar tengok diorg bergaduh sesama sendiri.

Baik macai PKR atau macai BN, korang semua hampeh...sembang gedegang! pada pendapat aku la..daripada korang gaduh-gaduh tuduh menuduh sapa yg salah sampai pemberontak boleh masuk Sabah, baikla korang doa kt orang yang ke sana utk kejor semua penceroboh tak gune tu. Bior selamat semuanya supaya takde lagi anak-anak yang jadi yatim, isteri jadi balu. Kan lebih baik gitu??

Tuesday, April 3, 2012

Hari ke-29 Berpantang

Hari ni dah masuk hari yang ke-29 aku berpantang tp mood nk update blog x mari2 jugak. Aku ada plan nk post pengalaman aku bersalin anak ke-dua ni memandangkan aku berjaya bersalin secara normal tapi penyakit "MALAS" tak hilang2. Sudahnya aku buat jugak posting pendek ni untuk warm up mood untuk next posting.

Kalau nak di ikutkan banyak benda aku nak cerita pasal aku, Iman, Ain & En. Teddy. Jadi, tengoklah nanti esok ke, lusa ke kalo aku rajin aku update skit cerita. Lagipun, aku x rasa ada orang baca blog aku ni..hehe. Jadinya, aku lebih rasa blog aku ni more to personal diary + untuk join contest n GA.

Hah, sebut pasal contest & GA ni,aku dah lama x join mana2 contest + GA. Again, penyakit "M" kalau dah datang mmg susah nak hilang. So, tengok je la nanti kalo lepas ni aku ada lagi masa terluang tuk join contest.

Monday, February 13, 2012

Menunggu Hari

Harini dah masuk 37 minggu 3 hari. Masih menunggu bila orang baru ni nak keluar. Tulang rusuk dah sakit2 ni kene gusti dengan sikecik kt dalam. heheh..As for Iman pulak, dia still x paham apa yang akan berlaku..dapat adik ke ape ke dia memang x ambil pusing langsung. Yang dia tau dunia dia je..main..susu..makan...tido.. hehehe.

Thursday, January 26, 2012

Kembalinya ke Rahmatullah (Muhammad Nabil B Shahkhairul Nizam) Baby of Bob & Ayu

Pagi semalam aku dikejutkan dengan berita anak kawan baik aku yg berusia 27 hari meninggal dunia kerana masalah pernafasan. Sungguh aku terkejut sebab x sangka hayat dia sampai sini saja. Bila Ayu call aku mmg xde ayat yang bole nak tenangkan hati dia sbb kalo aku di tempat dia pun aku akan rasa yg sama dan perkataan sabar tu mcm xde makne pada masa tu...so, aku cuma bole dengar je rintihan hati dia sambil dia nangis2.

Aku belum berkesempatan lagi nk jumpe dengan Ayu tapi dengan keadaan sekarang ni, better tunggu keadaan tenang dan dia pun dh balik putrajaya, baru la aku jumpa dia. Ape pun keadaannya, aku harap kawan aku ni bertabah lah dan redha dengan takdir tuhan. Sesungguhnya di 'sana' nanti sudah ada yang menanti.

Al-Fatihah........

Friday, January 20, 2012

Minggu ke-34

Hmm...arini dah masuk minggu yg ke 34. Sekejap je rasanya pregnancy kali ni. Tak macam yang pertama dulu. Walaupun kali ke-2 tapi hati berdebar-debar jugak nak tunggu hari bersalin. Rasa macam 1st timer plak.hehe...

Iman plak setiap hari ada je perangai bukan-bukan yang dia buat. Boleh bikin darah aku naik tapi mana yang aku bole sabar, aku cuba la sabar. Kesian jugak kat dia kalo asik marah-marah je. Bukan dia paham pun. Tapi malam tadi mmg aku stress dengan perangai dia bila dia asik kacau aku nk tido. Dah la aku payah nk tido malam sejak akhir2 ni. Dia plak wat perangai nk ajak main car lah, nak kapal terbang lah, nk susu lah macam2 lagi. Emosi aku jadi x tentu dengan mata dah letih, badan letih, mana pikir esok nk keje dengan mata yang mengantuk x hingat. Geram aku jadinye.

Tapi bila dia wat suara sedih, aku jadi kesian pulak. hish...letih betul aku malam tadi. PAgi ni kat opis, mata dah mcm separuh terbukak je. Memang terasa mata aku ni letih, kepala aku sakit x cukup tido. Yang orang kt dalam pulak bukan main ligat lagi. Yang no 2 ni mmg kuat betul x padan kecik...Harap2 nya sihat la semua.

Friday, January 13, 2012

Kekuatan Hati Seorang Ibu

Harapnya belum terlambat nk ucapkan selamat tahun baru 2012. Sekejap je dah masuk tahun baru. Iman pun dah 2 tahun..Rasa mcm baru semalam je lahirkan Iman. Sekarang dah nk jadi abang Iman. Adik baru akan lahir hujung bulan 2 @ awal bulan 3 insyaallah. Semoga Allah selamat dan permudahkan semua urusan. Mudah-mudahan anak-anak ibu akan sentiasa kekal sihat dan cergas dengan izin Allah S.W.T..amin...

Ibu akan sentiasa doakan anak-anak ibu selamat dunia dan akhirat. Ni tergerak nak buat posting bila terbaca satu blog berkenaan penderitaan seorang anak kecil yang telah pun kembali ke Rahmatullah kerana mengidap penyakit Gaucher's Disease. Sambil baca bergenang dah air mata ni. Walaupun x kenal keluarga arwah, tapi bole rasa kesedihan mummy arwah yang sentiasa rindukan arwah.

Sesungguhnya hati seorang ibu memang tidak boleh diduga kekuatannya bila ditimpa ujian dari Allah. Mummy arwah memang seorang yang tabah dan kuat semangat dan termasuklah daddynya juga. Ketabahan mereka menghadapi ujian Allah sangat membuatkan aku kagum. Malah mana-mana keluarga yang ditimpa musibah berkaitan dengan anak mereka sangat membuatkan aku kagum dengan kesabaran meraka menghadapinya. Aku belum tentu boleh bertahan seperti mereka.

Ya Allah, engkau peliharalah keselamatan dan kesihatan anak-anakku ya Allah. Aku sentiasa bersyukur dengan kehadiran anak-anak yang telah engkau pinjamkan kepada kami sekeluarga ya Allah. Akan ku jaga amanah mu ini dengan sebaik mungkin supaya menjadi hambamu yang beriman ya Allah. Sesungguhnya hanya ini hartaku yang amat2 bernilai yang tiada tandingan wang ringgit. Amin....

Saturday, April 9, 2011

Minggu Yang Sungguh Penat

Minggu lepas jadi satu minggu yg penat dan stress buat aku...akibat daripada taska yg kene tutup, iman dah xde org nk jaga. Abah dia pulak xsihat sepanjang minggu ni..demam x kebah2.kejap ok,kejap x..bila mlm badan panas tibe2...tinggi plak tu suhu...camne la dia nk jaga iman dengan keadaan dia yang mcmtu...

So, nak x nak terpakse la ku mengambil cuti yg dah xseberapa tu...xde pilihan dah...keje pun terbengkalai...ish..runsing aku memikirnye...

Friday, April 1, 2011

Taska i-Play kena tutup 2 Minggu!!

Minggu ni,kecoh juga kt taska pasal  a few kids & teachers kene cirit birit & muntah2.. yang paling kesian budak2 la kalo kene muntah2 & cirit birit, mau lembik...no wonder la iman berak2 cair last week & muntah2...rupa2nya ada something...xsangka la pulak dari taska sbb xde dengar bebudak2 lain sakit...but lucky me, iman dah ok...smlm poo dia pun dah mcm biasa...no more 'cair2' ...

Tapi sekarang, yang jadi masalah, Taska plak kene arah tutup 2 minggu. Lama tau 2 minggu tu! Ramai juga yang ada masalah nak letak anak kt mana untuk 2 minggu tu.As 4 Iman, En.asben kene la sambil2 jaga dia...kalo abah terpakse gi keje,baru la ibu plak take turn jaga iman bucuk...

So, harap2 lepas ni management taska akan ambik iktibar dari kejadian ni sebab bila jadi macamni, yang jadi mangsa adalah anak-anak...

Wednesday, March 9, 2011

i WisH..........

Since last Feb my head can't stop thinking when i'm going to finish my task since the owner already ask me when can i settled my task....programming iz alwayz not easy u know! furthermore for people who don't like programming like me, it can be a lot more worse but luckily i do have some progress on the task. But with iman's health yg mcm "yoyo" kejap ok, kejap x..mmg susah la aku nk concentrate nk siapkan task tu..dah la ada plak error log yg que..aduh, rasa mcm x ckp 24 jam.

Badan pun sakit2 lps main futsal last sunday..adoi..never knew playing futsal can be soooooooo painful in  end.hihihih..tu la hasilnya tuk org yg jarang sgt bersenam. sekali kene lari, abih satu bdn sakit2...anyway, it worth it bile team kami menang!!! yeay!!! Diz week pulak dah mula sakit2 tekak nih..jangkit dari iman kot...harap2 jgn la aku kene flu plak...

Monday, February 14, 2011

1'st day of "buang Sawang" from my so called blogggg....

14 Feb 2011 baru teringat aku ada blog yg sekerat jalan pembikinannya. Ni baru ada hati nk sambung balik setting baik punye tuk blog aku ni so i do hav a place to merapu or xpress my feeling rather than simpan je kan? next thing will add new resolutionfor dis year which is updating my blog every once in a while...