Febuari lepas ialah bulan terakhir Iman ke tadika. Kami dah bercadang untuk bagi Iman masa sebelum hantar dia ke sekolah semula. TAPI, aktiviti pembelajaran akan tetap ada walaupun dia di rumah.
So, aku ada lah buat survey pasal homeschooling ni tapi bila aku google tak banyak blog or website di malaysia yang dokumenkan aktiviti homeschool diorang BUT aku terjumpa 1 blog yang sangat2 inspiring dan memotivasikan aku untuk HS anak-anak aku. Blog yang aku maksudkan ialah http://wwwmamahomeschool.blogspot.com.
Blog ni banyak sangat berkongsi aktiviti pembelajaran yang dibuat bersama anak-anak siap dengan sesi craft nye, aktiviti untuk fine motor skills dan macam-macam lagi. Dia juga ada kongsikan page/blog yang jadi sumber untuk bahan mengajar. SANGAT-SANGAT membantu aku dalam memberi idea apa aktiviti yang patut aku buat dengan Iman.
Setakat ni, aku dah mula buat beberapa aktiviti untuk alphabet tapi blom betul-betul fokus untuk specific alphabet. Semalam aku bagi Iman buat exercise connect-dot-to-dot. Memang susah sangat nak suruh dia fokus buat exercise tu. Pada aku, cabaran BESAR untuk aku merealisasikan HS Iman ialah untuk bagi Iman boleh fokus lebih dari 3 minit. Aku cuba untuk buat sekurang-kurangnya 2 aktiviti sehari tapi kadang-kadang abah nye ada buat aktiviti mengira dengan Iman tapi seperti biasa komplen yang aku dapat pasal Iman tak boleh nak fokus bila di ajar. Ada ke rakan-rakan blog lain yang tau macamana nak bagi anak lebih fokus bila buat sesuatu?
Aku faham umur Iman sekarang ni memang banyak nak main je tapi aktiviti yang aku buat tu belajar sambil bermain. Tapi tetap tak dapat nak tarik perhatian Iman untuk fokus. Macamana nak buat ye?
No comments:
Post a Comment