24/6/2013 jam 3.45 petang Muhammad Amin Fahmi telah diambil
kembali oleh Allah setelah bertahun-tahun melawan penyakit kanser nya. Aku baru
tahu berita sedih ni pagi tadi melalui FB papa arwah. Yang pasti laju airmata
turun menemani hibanya hati dengan perpisahan abadi ini. Walaupun aku dah
berjanji pada diri aku sendiri untuk tidka menangis bila hari perpisahan ini
tiba, tapi tewas juga. Tapi aku ingatkan diri aku supaya berhenti menangisi
pemergia arwah sebaliknya bersyukur kerana dia sudah pasti berada di tempat
yang lebih baik dari sebelumya.
Dari semalam hati aku rasa mcm waktu berpisah semakin hampir
tapi x sangka secepat itu. Walau apa pun, Allah titipkan Arwah di dunia ini
adalah untuk menyatukan semua kita yg tiada pertalian saudara tapi mampu
bersama-sama bersatu untuk berusaha demi melihat arwah pulih. Arwah juga
sebenarnya secara xlangsung telah mendidik dan menyedarkan aku yang anak ,suami
dan semua insan yang aku sayang adalah pinjaman dari Allah yang bila-bila masa
akan diambil kembali.
Ini membuatkan aku sedar yang aku sebenarnya tidak tahu
brapa masa yang aku ada untuk bersama-sama dengan anak-anak aku dan
suamiku..adakah seminggu?setahun? 5 tahun? sampai tua ke? jadi aku kena gunakan
masa yang ada ni sebaik mungkin bersama anak-anak dan suami supaya bila sampai
masa untuk berpisah ke alam abadi, tak ada rasa terkilan di hati. Aku xnak lagi
marah2kan anak-anak sedangkan aku tau diorg kecik x tau apa2.. aku kena kawal
marah aku...aku kena bertolak ansur dgn suami aku..Ibu bapa Arwah juga banyak
mengajar aku erti sabar dan tabah,kuat semangat dengan dugaan yang Allah bagi.
Diorg antara org yg sangat hebat ya allah...
Al-fatihah untuk Angahku sayang dan terima kasih Allah kerana menemukan kami semua....
P/s: Mohon sesiapa yg baca post ini sedekahkan al fatihah untuk anak syurga kami ini..terima kasih....
Alhamdulillah..tiada lagi penderitaan untuk angah..walau sedih tapi syukur sbb angah takkan sakit lagi malah dia sedang bahagia sekarang..
ReplyDeleteAl-Fatihah.
btul tu CNN...sy pun bila kenang kt dia dah x rasa sedih...alhamdulillah
Delete