Wednesday, July 18, 2012

Ribut di Hati

Hmm..post kali ni aku nak xpresskan rasa hati aku pasal adat menumpang di rumah org. Pada pandangan aku, antara perkara-perkara penting bila duduk menumpang di rumah orang ialah:

1. jangan balik lewat2 pagi buat rumah tu macam hotel terutama rumah yang ada anak kecik. Kalo ada yg ngikut balik dgn korang xke nyusahkan orang???? bole paham x nih???

2. Hormatkan juga perasan  tuan rumah even adik beradik pun.

3. Bila basuh baju, tolongla jangan tinggalkan baju korang kat dalam mesin basuh tu. Dah la lambak je kt dalam tu dengan x basuh, bila tuan umah nak basuh baju, tengok ada plak baju korang kt dalam. xke sakit hati aku ni ha cube korang pikir. Kalo sekali dua tak pe lagi tapi kalo dah BERKALI2 asik kene gitu, aku pun bole hangin der...aku pun xpernah lambak baju kotor x basuh peram dalam mesin basuh wei!!

4. Bila baju2 anda sudah kering, sila lah angkat segera kerana orang lain pun nk sidai baju jugak.dah kalo ko bior je kt ampaian buat mcm ampaian tu almari ko, xke nyusahkan orang lain?? xleh pikior ke ha??????

5. Bila guna toilet, TOLONG la flush wei!! sia-sia la toilet tu ada fungsi flush tapi x guna x gitu??

6. Bila makan untuk diri korang, plzzzz la basuh pinggan mangkuk yg diguna ye. xde maid nk tolong basuhkan tuk korang.

7. Sebelum keluar bilik air, plz make sure semua paip di tutup. ni bnyk kali berlaku air terbukak x tau la brapa lama. MATI la haku nk membayornye wei!!!

8. Tolongla jgn buat rumah org macam welfare ye. Sila berpatutan dengan apa yg anda buat. Yang berkerja tetap haku sorang je wei!! tolong la paham masing2. Aku penat nk tanggung banyak molot uol'ss.

9. Tolongla jgn guna barang2 tuan rumah tanpa kebenaran. Hormatkanlah tuan rumah jugak ye. Jangan main sebat je ape segale mcm tuan umah ni tunggul kayu. Kami pun manusia jugak. Bole marah tau!

10. Tolong la berpakaian sopan di rumah orang. Jangan la kuar bilik dgn pakai spender ke, boxer ke, baju dalam ke. Tolong sensitip skit bole x????  Xkan nk aku cakap depan muka baru nak paham kot?? ke ko mmg nak suh aku buat gitu?

11. Tolong la ssetelkan prob korang tanpa melibatkan org ketiga. Ini dengan haku pun terlibat ape ke hal nye wei!! Nyampas aku la!

12. Bnyk lagi benda2 lain yg nak di listkan tapi kepale aku dah tepu nk pikior. So rumusannya, jgn la tumpang umah org lama2. Bila dah lama sangat, banyak busuk dari yg wangi..Jadi kalo nk menjaga hubungan tu, kene la paham2 sendiri kome pun. Ini idok..buat dak reti je. Dah nama pun tumpang. Maksud tumpang tu sendri pun bukan dalam tempoh yang lama ok!


So, ini adalah secara umum apa yang aku rasa. pada pendapat aku x de benda yang mustahil. Kalo org lain bole buat, ko jgn nk bagi alasan x bole. x payah nk buruk2 kan org lain sedangkan ko sendiri pun ada salah. Kesabaran manusia tetap ada batas. Kadang2 rasa jemu bila masalah2 cmni timbul dan yg terlibat tetap bermuka tebal xdak action. eh, ada action sebenarnye. Memburukkan tuan rumah kt orang lain. Pergh....sopan sungguh cara ko express terima kasih ko kt org yg bg ko tmpat berteduh ye. Aku tengokkan je setakat ni...

Wednesday, June 6, 2012

Rezeki Ain Bertambah..ALhamdulillah

Minggu ni dah 3 minggu aku cuba topup stok EBM aku & so far production nampak ada peningkatan dari segi kuantiti.hehe...Jumlah stok yg paling memberansangkan setakat ini ialah harini bila pagi tadi aku pump dapat 7oz, tadi kul 11 aku pump lg dapt 6oz. Harap2 petang ni pun dapat dlm kuantiti yg sama jgk. semalam aku smpt pump sekali je tp pas blk umah sakit betul cik B ku sbb x di pum. LAst2 Ain jgk la yg jadi tempat ibu legakan susu yang dah penuh tu. heheh...jenuh Ain minum sbb susu laju terlajak sbb dah penuh sgt.

 Ape-ape pun ni semua rezeki tuhan untuk Ain minum susu ibu sebanyak & selama mungkin. Ibu akan cuba bagi yang terbaik untuk Ain. Rasa terkilan ibu xdapat bagi abang Iman susu ibu mmg x pernah hilang tapi ibu harap sangat abang Iman & Ain dapat membesar dengan sihat. No more overnight kt spital tahun ni insyaallah...

Tuesday, April 3, 2012

Hari ke-29 Berpantang

Hari ni dah masuk hari yang ke-29 aku berpantang tp mood nk update blog x mari2 jugak. Aku ada plan nk post pengalaman aku bersalin anak ke-dua ni memandangkan aku berjaya bersalin secara normal tapi penyakit "MALAS" tak hilang2. Sudahnya aku buat jugak posting pendek ni untuk warm up mood untuk next posting.

Kalau nak di ikutkan banyak benda aku nak cerita pasal aku, Iman, Ain & En. Teddy. Jadi, tengoklah nanti esok ke, lusa ke kalo aku rajin aku update skit cerita. Lagipun, aku x rasa ada orang baca blog aku ni..hehe. Jadinya, aku lebih rasa blog aku ni more to personal diary + untuk join contest n GA.

Hah, sebut pasal contest & GA ni,aku dah lama x join mana2 contest + GA. Again, penyakit "M" kalau dah datang mmg susah nak hilang. So, tengok je la nanti kalo lepas ni aku ada lagi masa terluang tuk join contest.

Wednesday, March 7, 2012

LAhirnya Cik Bunga Dalam Famili Kami

Fresh dari dalam Labour Room

Masa dalam pantang



Lepas semua org tertanya-tanya bila budak ni nak keluar, akhirnya dia pilih tarikh 7/3/2012 untuk lahir tengok dunia. Posdate 3 hari tau! Sekali bila kluar orgnya hah...3.51kg. Bole tahan besar. Masa dalam perut mati-mati aku ingatkan boy sebab lasak dia dasyat dari abang Iman. Rupa-rupanya yang keluar ada 'bunga' la..hehehe..sampai skarang aku rasa macam mimpi dapat baby girl. Tapi syukur aku kepada Allah sebab dimudahkan semua urusan melahirkan Ain. Bab sakit tu mmg xbole lari la kan...kalo x kang x gugur plak dosa2 kecik aku..heheh..

ASben aku of kos la hepi dah ada sepasang. Dia asik tilik je muka si Ain ni. Ntah la apa yang dia tengok aku pun x paham. Tapi Abang Iman je ada prob nak adapt persekitaran baru bila dah ada adik. Kene bagi abang Iman masa untuk terima Ain. Dia dah biasa dimanjakan semua orang, skang tiba2 plak ada budak baru mmg la dia angin.hehe

Ape pun Ibu dgn Abah hepi & syukur sangat Allah pinjamkan korang berdua kat kami...Terima kasih Allah...

Monday, February 13, 2012

Menunggu Hari

Harini dah masuk 37 minggu 3 hari. Masih menunggu bila orang baru ni nak keluar. Tulang rusuk dah sakit2 ni kene gusti dengan sikecik kt dalam. heheh..As for Iman pulak, dia still x paham apa yang akan berlaku..dapat adik ke ape ke dia memang x ambil pusing langsung. Yang dia tau dunia dia je..main..susu..makan...tido.. hehehe.