Monday, March 11, 2013

"Birthday Giveaway Nur Alja"

Photobucket




  • Tarikh Tutup :- 5 April 2013 11.59 Malam, jom ler join!!

Friday, March 8, 2013

Mini Giveaway By IeZwa RazK

Jom girls join GA mini ni..mana tau kot2 jadi rezki korang nk dapat adiah...tarikh tutup 10/03/2013 ye..

Thursday, March 7, 2013

Cik Bunga Ku Dah Setahun!!!


Okeh..anak dara aku dah setahun la hari nih??!!!! huhuh..sedih sebab cepat je dia dah besar..hepi sebab dah macam-macam dia pandai buat.Aku rasa macam baru je lagi cuti bersalin tapi dah setahun ghupenye ye. Cik Bunga pun dah pandai berjalan, mulut bising bla bla bla membebel marah kt abg Iman bila kena usik. Dah pndai goyang-goyang badan. hehe..

Dan ini juga brmakna aku dah BERJAYA breastfeed anak aku selama SETAHUN!!!! ALHAMDULILLAH...Tuhan je tau macamana hepinye aku bile boleh realisasikan angan-angan aku untuk BF Cik Bunga.BF ni pada aku adalah hak si anak dan ibu wajib mencuba untuk menunaikan hak ini. Dan aku tau yang BF ni takkan berjaya tanpa ilmu sebab aku dah mengalaminya sendiri. Insyaallah kalau ada rezeki 'org baru' akan datang (xtau bile hahah) aku nak BF lagi. BF ni mmg indah dan buat kita rasa hebat tentang menjadi ibu at least tu pada pandangan aku la. Aku masih berharap untuk menyusukan Cik Bunga sampai 2 tahun insyaallah jika di izin Allah.

Aku still berangan untuk kongsikan pengalaman bersalinkan Cik Bunga ni tapi belum ada kesempatan nak karang cerita. Tapi takpe, nnti aku update je kt sini bila karangan aku tu dah ada draf. Boleh jugak buat kenangan untuk Ain bila dia dah besar dan bila aku dah takde nanti dia bole baca blog merapu aku ni kalo dia rindukan aku..

Monday, March 4, 2013

Posting di kala bohsan...

Hari ni 1st day Iman & Ain kat rumah dijaga abah. Entah apa la yang jadi kat rumah tu. Mesti abahnye pening dengan budak 2 orang tu.hahah...Lepas kami berdua dah berbincang pasal nk hantar anak-anak ke taska atau tidak, kata putusnya ialah let iman stay at home and we'll try to homeschool him and ain.

LAst week aku pun dah start kumpul bahan untuk projek Homeschool Iman. Aku harap sangat boleh follow semua yang aku dah plan. Ni aku nk try cari bahan untuk ajar alif, ba,ta plak. Aku ada order puzzle tapi seller tu blom post lagi kot. Kalo esok pun xde tracking number, aku cuba PM dia lg tgk cmna. Harap2 dia bukan la salah seorang scammer online kan...

Ok..untuk isu semasa pulak, skang ni tengah hot pasal penceroboh kt Sabah nuu. Sampai harini, belum reda lagi nampaknya. Korban nyawa dah makin bertambah. Kat fesbuk pulak semua dok pakat bagi idea bernas masing-masing tapi last-last mesti terbelok masuk politaik..Ko tuduh aku, aku tuduh ko. Tapi in the end tak jugak selesai masalah. Bodoh betul biar orang luar tengok diorg bergaduh sesama sendiri.

Baik macai PKR atau macai BN, korang semua hampeh...sembang gedegang! pada pendapat aku la..daripada korang gaduh-gaduh tuduh menuduh sapa yg salah sampai pemberontak boleh masuk Sabah, baikla korang doa kt orang yang ke sana utk kejor semua penceroboh tak gune tu. Bior selamat semuanya supaya takde lagi anak-anak yang jadi yatim, isteri jadi balu. Kan lebih baik gitu??

Thursday, February 28, 2013

Cubaan Bermain Bahasa...

Jemu bila dengar rungutan
Keliru bila ingin memahami
Penat bila disalahkan
Menangis bila mengenangkan

Masihkah yang salah diri
Apakah punca telingkah
Sampai kini tak siapa pun peduli

Sendiri merawat diri
Sendiri merintih sedih
Cuba buang jauh rasa hati
Tapi makin pedih rasanya

Kenapa susah hendak beralah?
Kenapa susah untuk tidak kisah?
Tapi mungkin aku yang salah
Silap bahasa dalam menyampai


euuhhh....walopon cetusan hati aku tu buruk bunyiknye..tapi itu le apa secara ringkas yg aku nak luahkan. Nak luahkan kat orang, xde sapa nak dengar. Ikut hati aku rasa nak mengamuk kat org je ni tapi badan dan minda terlalu penat..Penat