Wednesday, May 28, 2014

Liebster Award By FuzaMusa


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...
haa..tertib gitu..hehe..ok kali ni blog ni kene TAG oleh sis FUZA untuk Liebster Award.
Ape Liebster Award tu ye? Peti ais ke? Rice cooker ke? Oh bukan ye kawan-kawan..
F.Y.I Liebster Award ni dalah salah satu SEGMENT Tag dan Jawab Soalan.
Apa yang anda perlu buat ialah, apabila anda kena TAG, sila lah jawab 10 soalan yang di tanya oleh blogger yang TAG anda.

So, jom tengok apekah soalan-soalan cepu emas yang ditanya oleh sis Fuza:
1.  Apa perasaan anda apabila kena TAG?
Terkejut jugak sebab tak expect ada orang nak TAG kita kan..hehe

2. Piala Thomas bukan milik Malaysia, apa kata anda?
Adat perlawanan ada kalah menang, kalah tak bererti gagal sampai bila. Kalah bermakna kena tingkatkan usaha dan maju lebih ke depan..

3. Lagu rock kapak (lagu lelama) apa yang anda suka?
hmm...lagu rock kapak eh? lagu ramli sarip yang ada sebut " oh teratai bunga indah...". tak ingat tajuk ape hahaha

4. Masakan pertama anda masak?
Maggi! (ni dikira masakan ke? haha)

5. Pernah sedih yang teramat kerana...??
Seorang anak syurga yang bernama Muhammad Amin Fahmi (Angah) yang saya kenali melalui FB meninggal disebabkan kanser pada usia 6 thn. Arwah dan keluarga memberi impak yg besar pada diri saya dlm melihat anak-anak, diri sendiri dan keluarga. In fact bila tulis ni pun mata saya boleh berair.. :(

6. Anda FOBIA apa?
Tempat tinggi..eeeii gayat!

7. Malaysia terkenal dengan apa?
Hutan hujan tropika yang kaya..

8. Kenangan indah yang masih buat anda tersenyum hingga kini?
Masa mula-mula en.asben nak cuba ngorat..hahah..

9. Entry apa yang paling kamu suka dari blog Fuza? Letakkan link kat sini.
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/03/keterlaluan-kompulsif-gangguan-ocd.html
entri yg informatif. sy mmg suka entri-entri seperti ini.

10. Fuza ni macamana agaknya? Cuba komen jap.
Tidak pernah bersua muka tapi melihat pada penulisan, sis Fuza ni kind of easy going person dan loving.

Akhir kata, saya TAG sesiapa yg membaca entri ini dan belum join Liebster Award ..yaa KAMU yang sedang membaca tu..jangan buat-buat xpaham ye...hehe

Senarai soalan :

1.  Asal mana ye awak?

2. Apa bakat terpendam anda?

3. Adakah perkerjaan anda sekarang seperti yang anda impikan masa kecik-kecik dulu?

4. Tempat yang anda paling ingin lawati?

5. Hobi anda?

6.  Terangkan serba sikit mengenai diri anda.

7. Apa yang anda paling benci?

8. Apa yang akan buatkan anda sedih?

9. Kalau tengah bosan, apa anda akan buat?

10. Makanan kegemaran dan tau tak cara nak masaknya?

11. Apa penambahbaikan yang perlu dibuat untuk blog saya ni?

5 comments:

  1. Replies
    1. haha, ni pun curi masa time rehat la nak buat pun...

      Delete
  2. Tq sudi jawab soalan2 Fuza..
    Salam kenalan disini...
    Nanti kita kenal2 lagi k :)

    ReplyDelete