Tuesday, May 7, 2013

Isu Racist?


Apsal ek rata2 org yg aku kenal suka sangat bermain dengan isu racist? AKu xnampak langsung kat mana yang 1 Malaysianya kat situ bila anak-anak melayu dok buat topic psl racist kt FB/blog. Adakah kempen 1Malaysia PM x berjaya? Kenapa isu ni masih berbangkit walaupun kempen penyatuan kaum dah macam2 yg dibuat?

Aku sangat hairan bila yg bnyk bermain isu racist ni datang dari org yg menyokong BN yg mana PM kita adalah dari BN yg mana satu-satunya PM yg mewujudkan gagasan 1 Malaysia.. Habis apa makna 1 Malaysia tu kalau rakyat dok benci kat kaum selain melayu and vice versa. Boleh paham  xkorang? Aku mmg betul-betul x paham..

Makin lama aku makin xnampak penyatuan dikalangan kita. Semua bz menjaga kebajikan kaum masing2. Abih, kat mana letak perpaduan yang orang semua dok cakapkan tu?

Apepun ni pendapat aku semata-mata hasil daripada pembacaan komen2 kat FB/blog yg aku dah tengok sepanjang kempen dan selepas PRU. Sangat sedih oh...Malaysia xkan berjaya kalo semua kaum xbersatu ye kawan-kawan. Pepatah dah ada kata "bersatu teguh,bercerai roboh"...korang nilaikan la tindakan korang sendiri.

No comments:

Post a Comment