Showing posts with label iman. Show all posts
Showing posts with label iman. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

Abang Iman yang Dah Besar

Okeh...ape yang aku  nak cerita pasal abg Iman ni ye? Banyak sebenarnya yang aku nk cerita tapi tak tau nak mula kt mana..Tapi mungkin buat listing lagi senang kot...hahaha. Oklah..cer tengok listing improvement yang Abang Iman dah capai sepanjang tahun lepas dan tahun ni (till feb)...

  • Abg Iman dah free diapers since mid year 2012 tapi bila malam ada masa-masanya dia tak sedar untuk kencing so bangun pagi tengok tilam sudah basah!!! Tapi kebanyakan masa dia akan bangun sendiri untuk kencing. Situasi kencing atas tilam hanya akan terjadi bila dia terlalu penat sebelum tido or cuaca yang sejuk.
  •  
  • Dah boleh pakai seluar sendiri cuma dia tak rajin nak adjust seluar tu bila pakai smpai berpintal2..hahah. Banyak kali dah bagitau pakai sluar elok-elok..dia buat serope itu juge..

  • Abg Iman dah tak pakai botol susu lagi even kalau minum susu pun kami bagi dalam cawan je & he seems to b ok with it.. mula-mula memang ada sesi amuk skit tapi lama-lama dia explain baik-baik..pujuk-pujuk sikit dia pun boleh terima perubahan tu dengan rela hati. Tapi serius memang senang nak train Abg Iman untuk free diapers n stop minum tru botol susu. Even cikgu dia sendiri pun terkejut sebab Abg Iman senang je nak train. hehehe....kembang hati ibu bila cikgu puji gitu...

  • Dia dah kurang minum susu dan lebih berminat untuk makan. Part ni memang abah dia suka sebab Abg Iman ni jenis picky eater. Susah sangat nak suruh dia makan. Dia susah nak mencuba makanan yang baru.

  • Ada tunjuk minat nak join aktiviti yang ibu buat even tempoh konsentrasi  Abg Iman sangat pendek tapi overall ok la daripada takde langsung kan? Still trying to encourage him to focus a bit longer.

  •  Sedang cuba ajar dia cara untuk alihkan seluar yang terbalik tapi masih belum berjaya lagi..

  • Sedang cuba ajar dia cara untuk kencing sendiri dan cara basuh yang betul.

  • Sedang cuba ajar dia cara pegang gunting dan cara untuk menggunting.

Hmm...bila dah list camni nampak skit pulak kan? hehe tapi ok la untuk budak yang lasak macam Abg Iman. I'm proud of him!!!  

Tuesday, March 12, 2013

Angan-angan Untuk Homeschool Iman & Ain

Febuari lepas ialah bulan terakhir Iman ke tadika. Kami dah bercadang untuk bagi Iman masa sebelum hantar dia ke sekolah semula. TAPI, aktiviti pembelajaran akan tetap ada walaupun dia di rumah.

So, aku ada lah buat survey pasal homeschooling ni tapi bila aku google tak banyak blog or website di malaysia yang dokumenkan aktiviti homeschool diorang BUT aku terjumpa 1 blog yang sangat2 inspiring dan memotivasikan aku untuk HS anak-anak aku. Blog yang aku maksudkan ialah http://wwwmamahomeschool.blogspot.com.

Blog ni banyak sangat berkongsi aktiviti pembelajaran yang dibuat bersama anak-anak siap dengan sesi craft nye, aktiviti untuk fine motor skills dan macam-macam lagi. Dia juga ada kongsikan page/blog yang jadi sumber untuk bahan mengajar. SANGAT-SANGAT membantu aku dalam memberi idea apa aktiviti yang patut aku buat dengan Iman.

Setakat ni, aku dah mula buat beberapa aktiviti untuk alphabet tapi blom betul-betul fokus untuk specific alphabet. Semalam aku bagi Iman buat exercise connect-dot-to-dot. Memang susah sangat nak suruh dia fokus buat exercise tu. Pada aku, cabaran BESAR untuk aku merealisasikan HS Iman ialah untuk bagi Iman boleh fokus lebih dari 3 minit. Aku cuba untuk buat sekurang-kurangnya 2 aktiviti sehari tapi kadang-kadang abah nye ada buat aktiviti mengira dengan Iman tapi seperti biasa komplen yang aku dapat pasal Iman tak boleh nak fokus bila di ajar. Ada ke rakan-rakan blog lain yang tau macamana nak bagi anak lebih fokus bila buat sesuatu?

Aku faham umur Iman sekarang ni memang banyak nak main je tapi aktiviti yang aku buat tu belajar sambil bermain. Tapi tetap tak dapat nak tarik perhatian Iman untuk fokus. Macamana nak buat ye?

Friday, January 20, 2012

Minggu ke-34

Hmm...arini dah masuk minggu yg ke 34. Sekejap je rasanya pregnancy kali ni. Tak macam yang pertama dulu. Walaupun kali ke-2 tapi hati berdebar-debar jugak nak tunggu hari bersalin. Rasa macam 1st timer plak.hehe...

Iman plak setiap hari ada je perangai bukan-bukan yang dia buat. Boleh bikin darah aku naik tapi mana yang aku bole sabar, aku cuba la sabar. Kesian jugak kat dia kalo asik marah-marah je. Bukan dia paham pun. Tapi malam tadi mmg aku stress dengan perangai dia bila dia asik kacau aku nk tido. Dah la aku payah nk tido malam sejak akhir2 ni. Dia plak wat perangai nk ajak main car lah, nak kapal terbang lah, nk susu lah macam2 lagi. Emosi aku jadi x tentu dengan mata dah letih, badan letih, mana pikir esok nk keje dengan mata yang mengantuk x hingat. Geram aku jadinye.

Tapi bila dia wat suara sedih, aku jadi kesian pulak. hish...letih betul aku malam tadi. PAgi ni kat opis, mata dah mcm separuh terbukak je. Memang terasa mata aku ni letih, kepala aku sakit x cukup tido. Yang orang kt dalam pulak bukan main ligat lagi. Yang no 2 ni mmg kuat betul x padan kecik...Harap2 nya sihat la semua.

Friday, May 20, 2011

Alhamdulillah Iman menang contest di http://admie-world.blogspot.com

Pertama sekali ucapan ribuan terima kasih kepada penganjur : http://admie-world.blogspot.com/ @ Pn. Shuhada Nordin & para juri yang telah memilih gambar anak saya untuk dinobatkan sebagai pemenang tempat 1. Sesungguhnya saya mmg x sangka yg gambar ni boleh menang...rezeki anak saya mungkin..

Apa-apa pun saya doakan semoga puan penganjur akan terus sukses,murah rezeki dan blog http://admie-world.blogspot.com/ akan terus menjadi port favourite para bloggers. 

Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang yang lain dan peserta2 lain yang telah join contest ni. Di bawah ni adalah keputusan contest yg dah diwarwarkan dalam http://admie-world.blogspot.com/. Kenangan untuk iman bila dia dah besar nanti nih....

 

Sekian sahaja coretan skema dari ibu iman.....

Thursday, April 28, 2011

Iman Masuk Hospital untuk kali ke-3

Subuh Isnin lepas, iman kene masuk ward sbb semput. Hari ahad tu saje dah 3 kali kami bwk dia pegi emergency amik Neb..masuk kali ke-3 trus kene tahan dengan doctor sebb paru2 dia still wheezing lepas kali ke-6 bagi neb..
Dalam kul 4am, iman pun ditolak masuk ke wad...sambil kene tolak tu menangis2 dia xmo duduk...jenuh jugak la nk pujuk dia. Di wad, iman kene amik neb setiap 2 jam, oksigen sentiasa pakai sbb SPO2 dia rendah & kene masuk air sbb dia krg kencing n minum..Ubat pun bagi ikut drip.Sepanjang hari ahad tu pun dia x minum susu....kesian sgt tgk dia...melepek je bila dah semput.
 
Masa hari ke-3 dok wad baru la drip tu bole bukak, and x yah pakai oksigen lagi.Malam hari ke-3 tu jgk neb dia doc krgkan dari 4 jam kepada 6 jam sampai la hari ke-4. Iman juga disahkan by doc pakar yang dia mmg kene asthma or in med term childhood asthma. So, skang iman kene la pakai ubat sedut tu tiap2 hari sampai la dia baik.
For d time being, kami kene wat satu health chart untuk iman setiap bulan untuk memudahkan doc & kami pantau tahap kesihatan dia. Bulan 6 ni iman ada appoinment kt spital utk tgk progress dia camana.

Monday, April 11, 2011

Iman bila umur 1 Thn 3 Bln 2 mggu 1 hari

hmm....cepat je masa berlalu..iman pun dah besar. Macam-macam ragam yg pelik-pelik dia dah buat. Memang seronok tgk tp kdang2 bole naik darah juge..heeheh..Ape pun, Iman mmg anak yang manja n bijak..
 Orang tengah merajuk sbb baru lepas kene marah...heheheh. Ntah mana la dia blaja wat gaya gini...

 Kita nk wat keje pun x bleh bila dia dah conquer kt atas meja sampai cenggini...huaaaa.....

Angkat fon sambil bertinggung..hahaha

Pagi tadi hantar dia ke taska, mula melalak xmau duduk kt situ. Dah lama sangat stay kt umah tu yang jadi gitu..Tadi lunch gi jengah jap tgk2 dia tgh tido. Terus turun cepat2 takut dia jaga plak..hihihi

Wednesday, March 2, 2011

Gud Morning Sunshine!! / Hello Mr. Moon....

Diz morning iman bangun awal sgt...dia sendiri bangun tanpa perlu dikejutkan. Ibu plak yg terkejut tengok iman dah turun katil.hihihih...semalam sebelum gerak gi opis sempat amik gambar iman sblm hantar dia gi skola..rambut dia nampak mcm cepat pulak naiknye...




Sweet smile 2 begin d day!! ni pun jenuh nak suruh dia stop x bergerak..mcm lipas, bergerak sane sini laju betul...hish...

Petang plak bila nak ambik iman dari i-play, tgk2 dia tgh mengusung ntah sape punye la bag sandang tu...bukan main lagi dia catwalk kt depan org sambil gayakan bag tu..hahaha...ni buktinya:
MAsuk dalam kete,abah tanye "iman nak beg skolah ke?" Dengan pantas si Iman menjawab "Nak..!!" hahahah....Iman...Iman....

Friday, February 25, 2011

Hmmm....

Akhirnya, dah sampai hari jumaat. Esok dah boleh rehat kt rumah dengan Iman. Yeeeaayy!!!! Iman plak tgh demam campak skang tp nasib baik skit je bintik2 yang keluar.. tu pun dah nampak kurang dah bintik2 nye. Yang x baik lagi batuk & selsema dia tu...lambat betul nk baik..tp harap2 dengan antibiotik ni cepat la dia sihat.
Iman sekarang dah pandai sebut balik apa perkataan yg kita cakap contoh nya hari tu pak ndak dia sebut "jatuh", pastu Iman pun sebut balik "jatuh". dalam 2 minggu ni dah banayak juga perkataan yang Iman dah boleh sebut walaupun ada sikit pelat..hihihi...tp dua perkataan yg dia x pelat bila nk sebut : "abah", "cepat".
2 hari lepas, abah dia suruh aku ambik something dr bag dia, sekali si Iman boleh plak ckp kt aku suruh  "cepat! cepat!" ...eeeiiii, geramnya dengan budak botak ni...muke selamba pulak tu!

Monday, February 14, 2011

LAtest pic of iman grabbed from his x-teacher's (Teacher Nurul) FBees.Ada bnyk lg pic dia tp mls nk kutip sume so amik 1 as sample je la ek.. Iman skang dah nk masuk 14 bulan. Sekejap sgt dia dh besar, dah lari sane sini, mulut bising mcm murai..hihihi. Kalau dgn all his uncles, mmg dia x mau share uncles dia dgn his cousin, ADAM. Cian Adam tp luckily Adam was not like Iman yg suke org pgg bwk sane sini. Anyhow, really hope he will grow up as a GREAT man and humble. X mo gado2 ye cayang!!