Thursday, August 22, 2013

Dilema ibu bekerja..

Semalam aku terbaca pasal insiden bayi berumur 1 tahun 5 bulan di kurung dalam stor kerana menangis tak berhenti. Kejadian ni berlaku di sebuah taska di presint 14. Walaupun kejadian tu dah berlaku tahun lepas, tapi pengajaran daripada insiden tu tetap kita perlu ambil. HAsil catatan ibu kanak-kanak terbabit didalam blognya, ramai juga yg respon dan komen. Pelbagai komen yg dilontarkan dan salah satu komen seperti menyalahkan ibu yg berkerja dan tidak mahu menjadi surirumah menjaga anak dengan tangan sendiri tanpa mengharapkan orang lain. KAtanya ibu-ibu kita dulu pun surirumah tapi masih cukup mkn pakai walaupun bapa seorg yg berkerja...

Jadi, ramai juga yang melenting dengan komen itu dan ada juga yg bersetuju dengan komen tersebut. Kalau aku pulak macamana? okay, ini jawapan aku..

Setiap kali aku tengok ibu-ibu yang jadi fulltime HW aku rasa SANGAT cemburu dan teringin berada di tempat dia. Aku pun teringin nak duduk umah jaga sendiri anak aku macamana mak aku jaga kami adik beradik dulu. Aku nak jugak anak aku rasa apa yg aku rasa masa kecik. Tak payah bangun awal subuh bersiap ke taska. Balik lewat petang macam org bekerja. Kesian sangat kat anak-anak tapi.................
apa yang aku bole buat sekarang untuk anak-anak ialah minta En.Suami jadi mister mama jika dia tiada projek since dia bekerja sendiri..masa dia fleksibel dan masa yg terluang boleh digunakan dgn menjaga sendiri anak-anak dirumah. Tapi bila dia ada kerja/projek, barulah kami minta tolong atuk nenek tolong jagakan anak-anak.

Sejak kami gunakan cara ni, hati lebih tenang nak tinggalkan anak-anak sbb tau komfom dijaga dengan baik oleh En.Suami atau atuk nenek. Anak pun jarang demam lagi berbanding masa dia ke taska dulu. Aku juga xperlu risau anak aku org dera, org x ambik kisah, org x bagi makan dan sebagainya.

BAGAIMANAPUN, ini adalah terpakai untuk keadaan keluarga aku SAHAJA. Lain keluarga, lain dugaan hidup dan cara. Buat masa ini itu saja cara yg ada untuk aku pastikan anak-anak aku dijaga dgn baik sepanjang waktu aku/suami keluar bekerja. Tapi lepas ni xtau la macamana.

Aku tak boleh bayangkan apa org akan buat kat anak perempuan aku tu since dia mmg seorg yg sangat manja dan kuat menangis. Aku sangat risau nak tinggalkan dia kt taska since dari baby dia xpernah lagi dihantar ke mana-mana taska. Aku takut org xboleh nak jaga dia atau xsabar nak layan kerenah dia. Nanti mcm2 yg jadi. Tu yg paling aku takut. So, endup abahnye la yg berkorban jaga anak-anak. Aku syukur sangat En.Suami sanggup berkorban jg anak-anak dirumah bila dia free from kerja. Terima kasih B!! Awak mmg abah terbaik!
Dan terima kasih jugak untuk mak & abah aku yg sudi dtg all d way from perak untuk jaga cucu-cucunya ni bila En.Suami kene kerja. Iluv u lah mak abah!! hehehe...

Pada aku, memang rezeki ditentukan tuhan, itu aku x nafikan. Tapi nak dapat rezeki kenela berusaha. Hanya kita yang tahu keadaan kewangan keluarga kita macamana dan sebesar mana perlunya kita bekerja dengan keadaan taraf hidup yg semakin meningkat. Dan aku yakin kebanyakan ibu-ibu yang bekerja adalah dengan niat untuk membantu suami dan untuk kepentingan & keselesaan anak-anak. Jadi xperlu pertikaikan ibu-ibu yg bekerja ni abaikan anak-anak ke ape. Kami tinggalkan anak-anak kami setiap hari dengan org asing dan tak pernah sesaat pun kami rasa tenang atau suka dengan keadaan ni. Kalaulah pejabat boleh bawak anak2 mmg aku angkut je..hahaha

Tapi tahniah aku ucapkan pada surirumah sepenuh masa yg berkerja siang mlm jg rumah tangga, jg keluarga. I envy u tau! Kalo ekonomi suami aku dah ok...aku berangan nak ambik cuti tanpa gaji setahun dua jg anak-anak. Doa-doakan la impian aku ni tercapai. haaa... Impian tu tau...

oh ye, my sis in law is one of the women who quit her job and be a full time housewife and doing business online from home to earn some addition to the household income. So far seems ok je family diorg and they don't practicing on creating debt for things they don't need. I wish i was in her shoe..So, aku xkata kalo perempuan berenti keje hidup keluarga porak peranda..NO! Tengok pada keadaan keluarga anda dulu dan nilaikan. Perlu ada perancangan dan pengorbanan juga ye...and my sis in law is the living proof..despite all the hardship and 'tears' they manage to be where there are now. Salute to u SIS!!

Ok lah..panjang dah aku membebel ni...so, the point is each famili has their own probs and matters to handle and not all of them are the same. So, no judgement is required. Either WAHM, FTHW or WM they are all good mothers and giving unconditional love to their kids ok...

4 comments:

  1. Mohon maaf diluar topik Bunda, kami sedang mencari Reseller & Dropshipper Pakaian Bayi

    dan Anak
    Kami menawarkan berbagai produk dengan harga sangat sangat bersaing.

    Silahkan Bunda kunjungi Online Shop Baju Bayi dan Anak kami di:
    web: bajubajubayi.blogspot.com
    facebook : Baju Baju Bayi

    ReplyDelete
  2. Salam, saya setuju dengan akak... zaman sekarang susah nak percayakan orang untuk jaga anak kita.. (walaupun saya belum berkahwin lagi..tapi risau kot..huhu..)

    akak jemputlah baca ebook tentang WAHM kalau belum baca.. :-)
    sangat inspired. FREE je.. :D

    www.ebookniaga.com/sorryboss/sobihasalim

    ReplyDelete
  3. Teringiinnnnn nak jadi full housewife. Moga Allah kabulkan one day. Ameeennn :)

    ReplyDelete
  4. Jemput singgah ke blog saya

    http://dheartyummi.blogspot.com/

    Terima kasih :)

    ReplyDelete