Pagi semalam aku dikejutkan dengan berita anak kawan baik aku yg berusia 27 hari meninggal dunia kerana masalah pernafasan. Sungguh aku terkejut sebab x sangka hayat dia sampai sini saja. Bila Ayu call aku mmg xde ayat yang bole nak tenangkan hati dia sbb kalo aku di tempat dia pun aku akan rasa yg sama dan perkataan sabar tu mcm xde makne pada masa tu...so, aku cuma bole dengar je rintihan hati dia sambil dia nangis2.
Aku belum berkesempatan lagi nk jumpe dengan Ayu tapi dengan keadaan sekarang ni, better tunggu keadaan tenang dan dia pun dh balik putrajaya, baru la aku jumpa dia. Ape pun keadaannya, aku harap kawan aku ni bertabah lah dan redha dengan takdir tuhan. Sesungguhnya di 'sana' nanti sudah ada yang menanti.
Al-Fatihah........
Thursday, January 26, 2012
Friday, January 20, 2012
Minggu ke-34
Hmm...arini dah masuk minggu yg ke 34. Sekejap je rasanya pregnancy kali ni. Tak macam yang pertama dulu. Walaupun kali ke-2 tapi hati berdebar-debar jugak nak tunggu hari bersalin. Rasa macam 1st timer plak.hehe...
Iman plak setiap hari ada je perangai bukan-bukan yang dia buat. Boleh bikin darah aku naik tapi mana yang aku bole sabar, aku cuba la sabar. Kesian jugak kat dia kalo asik marah-marah je. Bukan dia paham pun. Tapi malam tadi mmg aku stress dengan perangai dia bila dia asik kacau aku nk tido. Dah la aku payah nk tido malam sejak akhir2 ni. Dia plak wat perangai nk ajak main car lah, nak kapal terbang lah, nk susu lah macam2 lagi. Emosi aku jadi x tentu dengan mata dah letih, badan letih, mana pikir esok nk keje dengan mata yang mengantuk x hingat. Geram aku jadinye.
Tapi bila dia wat suara sedih, aku jadi kesian pulak. hish...letih betul aku malam tadi. PAgi ni kat opis, mata dah mcm separuh terbukak je. Memang terasa mata aku ni letih, kepala aku sakit x cukup tido. Yang orang kt dalam pulak bukan main ligat lagi. Yang no 2 ni mmg kuat betul x padan kecik...Harap2 nya sihat la semua.

Friday, January 13, 2012
Kekuatan Hati Seorang Ibu
Harapnya belum terlambat nk ucapkan selamat tahun baru 2012. Sekejap je dah masuk tahun baru. Iman pun dah 2 tahun..Rasa mcm baru semalam je lahirkan Iman. Sekarang dah nk jadi abang Iman. Adik baru akan lahir hujung bulan 2 @ awal bulan 3 insyaallah. Semoga Allah selamat dan permudahkan semua urusan. Mudah-mudahan anak-anak ibu akan sentiasa kekal sihat dan cergas dengan izin Allah S.W.T..amin...
Ibu akan sentiasa doakan anak-anak ibu selamat dunia dan akhirat. Ni tergerak nak buat posting bila terbaca satu blog berkenaan penderitaan seorang anak kecil yang telah pun kembali ke Rahmatullah kerana mengidap penyakit Gaucher's Disease. Sambil baca bergenang dah air mata ni. Walaupun x kenal keluarga arwah, tapi bole rasa kesedihan mummy arwah yang sentiasa rindukan arwah.
Sesungguhnya hati seorang ibu memang tidak boleh diduga kekuatannya bila ditimpa ujian dari Allah. Mummy arwah memang seorang yang tabah dan kuat semangat dan termasuklah daddynya juga. Ketabahan mereka menghadapi ujian Allah sangat membuatkan aku kagum. Malah mana-mana keluarga yang ditimpa musibah berkaitan dengan anak mereka sangat membuatkan aku kagum dengan kesabaran meraka menghadapinya. Aku belum tentu boleh bertahan seperti mereka.
Ya Allah, engkau peliharalah keselamatan dan kesihatan anak-anakku ya Allah. Aku sentiasa bersyukur dengan kehadiran anak-anak yang telah engkau pinjamkan kepada kami sekeluarga ya Allah. Akan ku jaga amanah mu ini dengan sebaik mungkin supaya menjadi hambamu yang beriman ya Allah. Sesungguhnya hanya ini hartaku yang amat2 bernilai yang tiada tandingan wang ringgit. Amin....

Subscribe to:
Posts (Atom)