Harapnya belum terlambat nk ucapkan selamat tahun baru 2012. Sekejap je dah masuk tahun baru. Iman pun dah 2 tahun..Rasa mcm baru semalam je lahirkan Iman. Sekarang dah nk jadi abang Iman. Adik baru akan lahir hujung bulan 2 @ awal bulan 3 insyaallah. Semoga Allah selamat dan permudahkan semua urusan. Mudah-mudahan anak-anak ibu akan sentiasa kekal sihat dan cergas dengan izin Allah S.W.T..amin...
Ibu akan sentiasa doakan anak-anak ibu selamat dunia dan akhirat. Ni tergerak nak buat posting bila terbaca satu blog berkenaan penderitaan seorang anak kecil yang telah pun kembali ke Rahmatullah kerana mengidap penyakit Gaucher's Disease. Sambil baca bergenang dah air mata ni. Walaupun x kenal keluarga arwah, tapi bole rasa kesedihan mummy arwah yang sentiasa rindukan arwah.
Sesungguhnya hati seorang ibu memang tidak boleh diduga kekuatannya bila ditimpa ujian dari Allah. Mummy arwah memang seorang yang tabah dan kuat semangat dan termasuklah daddynya juga. Ketabahan mereka menghadapi ujian Allah sangat membuatkan aku kagum. Malah mana-mana keluarga yang ditimpa musibah berkaitan dengan anak mereka sangat membuatkan aku kagum dengan kesabaran meraka menghadapinya. Aku belum tentu boleh bertahan seperti mereka.
Ya Allah, engkau peliharalah keselamatan dan kesihatan anak-anakku ya Allah. Aku sentiasa bersyukur dengan kehadiran anak-anak yang telah engkau pinjamkan kepada kami sekeluarga ya Allah. Akan ku jaga amanah mu ini dengan sebaik mungkin supaya menjadi hambamu yang beriman ya Allah. Sesungguhnya hanya ini hartaku yang amat2 bernilai yang tiada tandingan wang ringgit. Amin....
No comments:
Post a Comment