Tuesday, January 29, 2013

Menebus Cuti Yang Tertangguh

Minggu lepas aku tengok ramai kawan2 dok post kt FB gi bercuti sana sini. Yang kami kt umah ni melangut tengok tv yang di ulang-ulang cerita oleh ASSTERUK. Bosan giler tapi last hari ahad tiba-tiba je en. asben ajak pi mandi laut. Tapi hati berbelah bahagi nak pi mandi laut ke sungai?? SO, last-last En.Asben kata buat undi..hahaha. Teruk betul nak buat decision sampai ke buat undi..so, yang jadi mangsa kena buat undian mestila aku and the result is.............................................MANDI LAUT!!!!

Yang xcited bila dengar mandi laut mesti la abang Iman. Dia kalo campak dalam air suka sangat. So, aku pun kemas2 la apa yang patut kot-kot nak kena bermalam kt sana. Dah siap berkemas kami pun off to Pee Dee....

Sampai di PD dalam pukul 1 lebey. Tengok sepanjang pantai penuh org walaupun panas terik. Aku dah tentulah xmau berpanas kt tepi pantai tu. Yang si Iman dah x sabar-sabar nak terjun laut. hehe..tapi matahair terpacak gile ape nak mandi laut. Mau demam satgi susahnya aku jugak..ish..xbleh xbleh.

So, aku kata kt En.Asben jom kita carik tempat berteduh dulu kanda..anakanda2 ni udah kepenatan dan panas. Kami pun cari ler hotel budget kot2 ada. Kat depan Kolej Jururawat MAsyarakat tu ada 1 budget hotel tapi bila pi tgk harga bilik..humangai!! dah mcm hotel biasa je..xbudget pun??

En.Asben kata xpe..jom kita pi tgk Seri Malaysia plak. Lagipun SM tu mmg letak betul2 depan laut ja. Kami pun gerak pi SM. En.Asben pi tanya bilik dan dapatlah bilik famili dengan harga RM200. Dalam biliknya ada 1 katil queen + 1 katil single including breakfast for 3. Bole la tahan daripada hotel budget tadi harga RM200 jgk tapi xde include BF and jauh kedalam.

Anak-anak especially Abg Iman mmg xcited habis. Masuk je bilik dia pun buat spot cek kat dalam bilik tu. Aku yang pening tengok dia x duduk diam seminit pun. Pastu xnak tido plak tu..Asik ajak jom la gi mandi laut..abah, jom la gi mandi laut...sudahnya..dlm pukul 3 lebey, kami keluar utk lunch dan pi mandi laut.

oh ye...makan kat sini kena hati-hati kalo xnak kene ketuk. Aku terkena masa beli nasi utk mkn tghari. Benci betul aku dgn peniaga yang letak harga makan mcm meniaga emas. Harga tu biarla berpatutan dengan apa yg pelanggan ambik. Ini tidak...harga mcm aku amik nasi beriyani KAMBING!!!

Tapi overall cuti spontan kali ni, aku rasa ok jugak walaupun xde dalam planning.

Monday, January 14, 2013

Bla..Bla...Bla

Haih! Hati rasa macam nk gi bercuti tapi uang takde yg lebey..xpe..tahan dulu la..tapi bulan ni xcited nk tunggu baju baru dari my sis yg dok kt aloq staq tu..heheh...alhamdulillah rejeki org nk belanja baju kurung...boleh tambahkan koleksi baju kerja..azam tahun baru nak tukar koleksi baju kerja...yg lama semua nak simpan. dah 6 thn keja bj kurung x bertukar..nk harap baju raya jela ada baju baru. huhuh...

bukan xnak beli tapi ada benda yg lebih penting nak di bayar...but come to think about it...y i'm being so fussy about my clothes anyway? oh well...mid life crisis kot..hahahah

Monday, October 29, 2012

Hati Yang Cedera

Hmm..tengok pada tajuk macam jiwang tapi tuhan je yang tahu apa yang aku rasa skang. Dari pagi aku hujan tak henti-henti tiap kali aku pikirkan perkara yg merunsingkan aku ni. honestly i hate it when being put in this situation everytime by the same people. i myself dont get it y i'm still willing to go tru all this shit over and over again.

Rasa mcm nak lari dari umah pun ada. Lari dari semua org utk tenangkan pikiran tapi sayangnya x bole sbb kalo nak lari kena bawak cik bunga yg manja tu. Aku tak tau lah bila semua benda mengarut ni nak stop for good. Penat dah aku rasa bila asyik tersepit setiap kali ada mslh. Sorang ego sorang lagi xnak cuba pikir secara positif apa yg org cakap. Aku DAH PENAT!!

Tak tau lah apa lagi yang aku kena buat supaya semua orang puas hati. Aku cuba paham keadaan diorg & aku cuba nak clear the air tp end up makin teruk plak. Camana lagi aku nak buat? Ke aku yg salah sekarang ni? Aku pun dah tak tau apa nk pikir. Datang opis pun jadi tak produktif sbb kepala merewang mikir masalah ni.Niat hati nak luah kan perasaan yg sedih kt someone, tp lain plak sudahnya. Aku plak yang jadi tempat meluahkan rasa tak puas hati. Macamana tu? Diorg cuma ckp kt mulut je paham keadaan aku tapi sebenarnya xsapa yang tau camana rasanya duduk di tempat aku ni.

Ain...tolong la ibu ni. Ibu rasa macam nak amuk je kt semua orang biar diorg tau hati ibu ni dah jadi kering tggl nak pecah je lagi. ke Ain rasa ibu ni pentingkan diri sendiri? Entahlah Ain.

Wednesday, August 15, 2012

Kisah Muhammad Amin Fahmi a.k.a Angah

Kisah Angah ni aku rasa ramai jgk kot yg tau. Aku tau pun masa baca kt fesbuk pasal dia nk operate tisu mati kt punggung dia akibat kanser. Lepas dari tu gigih aku nk tau sapa mak ayahnye. Last2 dapat jugak aku add FB mak ayah Angah. So, start dri hari tu aku on FB juz untuk tgk update terbaru anak ni... Tak tau kenapa rasa dekat dgn anak ni. Mungkin efek dari naluri seorang ibu kot. Tiap kali tengok muka angah, aku mesti teringatkan Iman. Bila aku tengok Iman, aku akan teringatkan Angah.

Angah ni sakit Leukimia dan dah sembuh tp relapse awal tahun ni. So, proses kimo dia untuk relapse ni lg berat dr dulu memandangkan sel2 kanser tu dh immune dgn ubat2 kimo yg lepas. Tapi, apa yang menyedihkan ialah kesan dari kimo ni yg bole jadi mimpi ngeri untuk mana-mana parents. Kalo aku yg bukan ibu Angah pun dah pedih hati menengok keadaan Angah, apatah lagi mak ayah Angah. Tak dapat aku bayangkan Ya Allah. Aku cuma boleh berdoa untuk kesembuhan Angah dan Allah kurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk mak ayah Angah dan diri Angah sendiri.

Tak di nafikan memang aku nangis bila baca status2 dan gambar2 yg ayah dan mak Angah letak di FB. Mudah sungguh hati aku tersentuh. Ntah kenapa... Ni aku paste kan latest status Angah (15/8/2012):

ppum day 31.
menangis doc plastic surgery cek luka di punggung..
doc pakar onkologi datang :
doc onkologi : ayah, kami tlh brbincang dgn lain2 pakar & ambil keputusan utk teruskan kimo high doses. kerana klu kimo dgn doses yg biasa ia tdk a
kan mmbawa makna & kanser ttp ada.
papa : oookkkk. so doc punya plan?
doc pakar : ayah kena tau ya memandangkan luka operate & usus tu maka risikonya amat tinggi. boleh mmbawa maut. ayah fahamkan? tapi sekurang2nya kita mncuba..
papa : oookkk. doc nk mnta tangguh kimo lps raya blh tak? blh family jmpa dia dulu..
doc pakar : ok.saya faham. kita start rabu depan. muktamad ya? ayah dah fikir panjang ya?
papa : tq. doc. doc buatlah apa yg patut. apa pilihan yg saya ada....

insya allah angah blh hadapi beberapa siri kimo ini. lagipun ramai doakan angah..
ya allah kurniakan lah yg trbaik utk anak ku ini. hambamu redha. setiap perkara ada hikmahnya...aminn
 
 
Jadi, kalo aku diletakkan dalam keadaan mcmtu di mana terpaksa buat pilihan yg aku x rela, x taula mcmana aku nk handle. Tengok Iman meraung2 pggil aku masa dia kena amik darah pun aku dah x senang duduk, inikan pulak nak lepaskan anak untuk kimo yg chances dia survive 50-50.  Tapi mak ayah Angah ni mmg org yg hebat sbb boleh redha dan sabar dgn dugaan Allah ni. Sebab itu lah mereka dapat anak yg hebat mcm Angah yg kuat semangat juangnya untuk sihat..Di sebabkan tu jugak Angah disayangi ramai walaupun x kenal secara dekat. Doa untuk Angah x pernah putus dan pada masa yg sama Allah titipkan seorg hamba Allah yg sudi masakkan makanan untuk Angah dengan harapan Angah cepat sihat dan kuat untuk buat kimo. Syukur alhamdulillah....mudah-mudahan Allah makbulkan doa2 kami untuk Angah. AMIN....

Wednesday, July 18, 2012

Ribut di Hati

Hmm..post kali ni aku nak xpresskan rasa hati aku pasal adat menumpang di rumah org. Pada pandangan aku, antara perkara-perkara penting bila duduk menumpang di rumah orang ialah:

1. jangan balik lewat2 pagi buat rumah tu macam hotel terutama rumah yang ada anak kecik. Kalo ada yg ngikut balik dgn korang xke nyusahkan orang???? bole paham x nih???

2. Hormatkan juga perasan  tuan rumah even adik beradik pun.

3. Bila basuh baju, tolongla jangan tinggalkan baju korang kat dalam mesin basuh tu. Dah la lambak je kt dalam tu dengan x basuh, bila tuan umah nak basuh baju, tengok ada plak baju korang kt dalam. xke sakit hati aku ni ha cube korang pikir. Kalo sekali dua tak pe lagi tapi kalo dah BERKALI2 asik kene gitu, aku pun bole hangin der...aku pun xpernah lambak baju kotor x basuh peram dalam mesin basuh wei!!

4. Bila baju2 anda sudah kering, sila lah angkat segera kerana orang lain pun nk sidai baju jugak.dah kalo ko bior je kt ampaian buat mcm ampaian tu almari ko, xke nyusahkan orang lain?? xleh pikior ke ha??????

5. Bila guna toilet, TOLONG la flush wei!! sia-sia la toilet tu ada fungsi flush tapi x guna x gitu??

6. Bila makan untuk diri korang, plzzzz la basuh pinggan mangkuk yg diguna ye. xde maid nk tolong basuhkan tuk korang.

7. Sebelum keluar bilik air, plz make sure semua paip di tutup. ni bnyk kali berlaku air terbukak x tau la brapa lama. MATI la haku nk membayornye wei!!!

8. Tolongla jgn buat rumah org macam welfare ye. Sila berpatutan dengan apa yg anda buat. Yang berkerja tetap haku sorang je wei!! tolong la paham masing2. Aku penat nk tanggung banyak molot uol'ss.

9. Tolongla jgn guna barang2 tuan rumah tanpa kebenaran. Hormatkanlah tuan rumah jugak ye. Jangan main sebat je ape segale mcm tuan umah ni tunggul kayu. Kami pun manusia jugak. Bole marah tau!

10. Tolong la berpakaian sopan di rumah orang. Jangan la kuar bilik dgn pakai spender ke, boxer ke, baju dalam ke. Tolong sensitip skit bole x????  Xkan nk aku cakap depan muka baru nak paham kot?? ke ko mmg nak suh aku buat gitu?

11. Tolong la ssetelkan prob korang tanpa melibatkan org ketiga. Ini dengan haku pun terlibat ape ke hal nye wei!! Nyampas aku la!

12. Bnyk lagi benda2 lain yg nak di listkan tapi kepale aku dah tepu nk pikior. So rumusannya, jgn la tumpang umah org lama2. Bila dah lama sangat, banyak busuk dari yg wangi..Jadi kalo nk menjaga hubungan tu, kene la paham2 sendiri kome pun. Ini idok..buat dak reti je. Dah nama pun tumpang. Maksud tumpang tu sendri pun bukan dalam tempoh yang lama ok!


So, ini adalah secara umum apa yang aku rasa. pada pendapat aku x de benda yang mustahil. Kalo org lain bole buat, ko jgn nk bagi alasan x bole. x payah nk buruk2 kan org lain sedangkan ko sendiri pun ada salah. Kesabaran manusia tetap ada batas. Kadang2 rasa jemu bila masalah2 cmni timbul dan yg terlibat tetap bermuka tebal xdak action. eh, ada action sebenarnye. Memburukkan tuan rumah kt orang lain. Pergh....sopan sungguh cara ko express terima kasih ko kt org yg bg ko tmpat berteduh ye. Aku tengokkan je setakat ni...