Thursday, January 26, 2012

Kembalinya ke Rahmatullah (Muhammad Nabil B Shahkhairul Nizam) Baby of Bob & Ayu

Pagi semalam aku dikejutkan dengan berita anak kawan baik aku yg berusia 27 hari meninggal dunia kerana masalah pernafasan. Sungguh aku terkejut sebab x sangka hayat dia sampai sini saja. Bila Ayu call aku mmg xde ayat yang bole nak tenangkan hati dia sbb kalo aku di tempat dia pun aku akan rasa yg sama dan perkataan sabar tu mcm xde makne pada masa tu...so, aku cuma bole dengar je rintihan hati dia sambil dia nangis2.

Aku belum berkesempatan lagi nk jumpe dengan Ayu tapi dengan keadaan sekarang ni, better tunggu keadaan tenang dan dia pun dh balik putrajaya, baru la aku jumpa dia. Ape pun keadaannya, aku harap kawan aku ni bertabah lah dan redha dengan takdir tuhan. Sesungguhnya di 'sana' nanti sudah ada yang menanti.

Al-Fatihah........

No comments:

Post a Comment