Monday, May 11, 2015

CURANG

Salah ke aku bercinta dengan suami orang? Salah kah aku sayang isteri orang? Soalan-soalan bodoh ni sering ditanya oleh golongan terlajak perahu ni yang pada aku hanya untuk menjustify kan perbuatan diorang terhadap pasangan masing-masing supaya secara olok-oloknya perbuatan curang terhadap pasangan masing-masing ini tidak salah sebaliknya salah tu diletakkan pula pada pasangan mereka.

Apa sebenarnya para suami yang curang ni hendak dalam rumahtangga?? Kalau curang kali pertama mungkin boleh diberi peluang untuk berubah tapi bila kali ke-dua kantoi lagi curang dengan isteri orang pulak tu, apa yang patut si isteri rasa? Isteri di rumah kau maki-maki, cakap kasar, kau hina macam xde maruah, ko buruk-buruk kan isteri kau depan keluarga dia, depan mak bapak kau… apa niat kau sebenarnya? Kau sedar x masa kau susah sapa di sisi kau?

Kau sedar tak masa kau sakit sapa yang jaga? Yang kau tau nak isteri layan kau setiap masa tanpa pernah tanya bini kau penat ke tidak, ok ke tidak?

Ada pernah kau offer untuk sama-sama uruskan rumah tangga, kemas, basuh baju, jaga anak, bangun malam layan anak sampai pagi? Baru tolong basuh pinggan sikit terus di ungkit berkali-kali. Yang kau tau bila kau mintak bini kene bagi x kira 2-3 pagi sekali pun. Bila ditolak di kata bini derhaka. Itu saja ke ilmu rumah tangga yang kau ada? Kesian aku tengok kau ni. Kau sememangnya suami yang nusyuz! Suami yang xtau bersyukur dengan keluarga yang allah dah pinjamkan kat kau. Kau sedar tak yang Allah boleh Tarik anak bini kau bila-bila masa je?  

Mana pegi otak kau bila kau jalinkan hubungan dengan isteri orang? Mana pegi iman kau bila kau ucapkan kata cinta sayang pada isteri orang? Mana pergi hati kau bila kau mengaku dengan kekasih gelap kau yang perasaan cinta & sayang pada isteri kau dah lama mati tapi bila minta di lepaskan kau xmahu! Kau sendiri mengaku dah tiada sayang kenapa nak simpan lagi? Ada kau fikir perasaan isteri kau bila dia baca pengakuan kau tu?


Aku benci sifat hipokrit kau! Pada aku kau tak layak untuk dapat peluang ke-3 sebab kau memang xpernah berniat untuk pulihkan rumah tangga kau. Kalau kau sayang isteri kau, xkan wujud orang ke-3 dalam rumahtangga kau. Hormat kami kat kau dah terlucut bila kau curang dengan isteri kau. Ko xlayak jadi suami mahupun ayah! She deserves better than you....

No comments:

Post a Comment